1Jan

Download Buku Tafsir Al Azhar

Sejak Islam mula bertapak di kepulauan nusantara Melayu, telah wujud keperluan yang mendesak untuk memahami Al-Quran oleh golongan yang dipanggil Melayu Muslim. Ini disebabkan bahasa pertuturan mereka adalah bukan bahasa Arab sedangkan Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Realiti bahawa Melayu Muslim merupakan golongan terbesar bilangannya berbanding masyarakat Islam lain seperti Arab Muslim, India Muslim, Afrika Muslim dan Eropah Muslim menujukkan keperluan kepada suatu usaha yang segera untuk memastikan hidayah Al-Quran sampai ke benak dan jiwa setiap individu Melayu Muslim. Usaha yang dipelopori oleh ulama-ulama nusantara, dulu dan kini untuk member tafsiran yang sahih tentang hidayah yang terdapat dalam setiap ayat Al-Quran, kebanyakannya lebih kepada usaha secara ‘verbal’, seperti melalui syarahan-syarahan agama atau kuliah-kuliah tafsir di masjid-masjid dan surau-surau. Kitab-kitab tafsir berbahasa Melayu yang lengkap merangkumi ke semua 30 juzuk amat sedikit bilangannya. Tafsir Al-Azhar karangan Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) merupakan kitab tafsir Al-Quran yang lengkap dalam bahasa Melayu yang boleh dianggap sebagai yang terbaik pernah dihasilkan untuk masyarakat Melayu Muslim. Justeru, adalah penting bagi masyarakat Melayu Muslim yang tidak berbahasa Arab agar mengenali kitab Tafsir Al-Azhar ini terutama dari aspek metodologi tafsirnya untuk mereka lebih menghargai usaha yang dilakukan HAMKA kerana bukan semua ulama boleh mengusahakan apa yang telah beliau usahakan.

Sejarah penulisan. Usaha menghasilkan Tafsir Al-Azhar telah pun dimulakan secara tidak formal oleh HAMKA sejak tahun 1958. Beliau telah mengadakan kuliah tafsir Al-Quran setiap pagi selepas subuh di Masjid Al-Azhar dari hujung tahun 1958 hingga Januari 1964. Siri kuliah subuh itu turut ditulis dan diterbitkan dalam majalah Panji Masyarakat. Tetapi, usaha secara formal oleh HAMKA untuk menyiapkan Tafsir Al-Azhar bermula apabila beliau dipenjarakan dari tahun1964 sehingga 1966. Nama Tafsir Al-Azhar adalah bersempena nama masjid di mana beliau mula menyampaikan kuliah tafsirnya itu iaitu Masjid Al-Azhar. Tujuan penulisan.

HAMKA sebagai seorang tokoh ulama yang merasai denyut nadi masyarakat sepanjang pembabitannya dalam kerja dakwah mendapati wujud keadaan mendesak bagi beliau untuk menulis tafsir Al-Quran dalam bahasa Indonesia yang lengkap. Pemangkin pertama yang membawa kepada penulisan tafsir ini ialah kebangkitan golongan muda yang ingin mendekati Al-Quran namun terbatas pengetahuannya kerana kekangan kemampuan berbahasa Arab. Pemangkin kedua ialah wujudnya golongan pendakwah yang boleh berbahasa Arab namun amat cetek pengetahuan umum dalam ilmu-ilmu berkaitan sejarah, sains dan lain-lain. Mereka hanya membawa fahaman tradisi yang keras sehingga kurang daya penarik di kalangan masyarakat yang semakin kritis dalam memahami sesuatu isu. Manhaj Tafsir. HAMKA memulai tafsirnya dengan muqadimah yang agak panjang iaitu setebal 50 muka surat dengan 10 tajuk utama.

Dalam Pengantar Tafsir Al-Azhar, beliau memberi penghormatan kepada 4 individu penting dalam penulisan tafsir ini iaitu Haji Abdul Karim, Ahmad Rashid Sutan Mansur, Siti Raham dan Safiah. Kemudian, dalam bab Pendahuluan, HAMKA menyebut keperluan menafsirkan Al-Quran dalam bahasa Melayu dengan syarat memenuhi syarat-syarat asas tafsir seperti yang telah ditetapkan oleh para ulama. Dalam tajuk ini juga beliau telah menyebut 2 tujuan utama penulisan tafsir Al-Azhar ini. Dalam bab yang seterusnya, beliau secara panjang lebar membincangkan segala isu berkaitan Al-Quran dan tafsir, iaitu dalam bab Al-Quran, bab ‘Ijaz Al-Quran, bab Isi Mukjizat Al-Quran, bab Al-Quran Lafaz dan Makna dan bab Menafsirkan Al-Quran. Jo feke te dua song dawnlod mp3. Namun, bab yang paling penting ialah Haluan tafsir.

Dalam bab ini, HAMKA menjelaskan manhaj beliau ketika menulis tafsir ini. Terdapat 7 manhaj utama iaitu memelihara hubungan antara aqal dan naqal, mengurangi persoalan pertikaian mazhab yang tidak membawa faedah, pengaruh Sayid Rashid ridha, Syeikh Muhammad Abduh dan tafsir-tafsir moden dalam Tafsir Al-Azhar, pengaruh latar belakang pembaca tafsir yang pelbagai latarbelakang dan status mereka, merujuk kepada para ilmuwan dalam ilmu-ilmu fardu kifayah, menyebut riwayat tafsir yang lemah sekadar untuk pengetahuan menilainya dan sejumlah pendapat ulama Indonesia turut menjadi bahan untuk dimuatkan dalam tafsir yang besar ini. Sejarah penulisan Tafsir Al-Azhar ditulis dalam dua tajuk yang akhir iaitu Mengapa Dinamai Tafsir Al-Azhar dan Hikmat Ilahi. Keunikan tafsir Al-Azhar berbanding kitab-kitab tafsir yang lain ialah penyusunan kelompok-kelompok ayat Al-Quran mengikut tema ayat-ayat Al-Quran berdasarkan Surah tertentu. HAMKA berjaya menunjukkan tema ayat-ayat Al-Quran yang ditafsirkan. Hasilnya, pembaca dapat memahami maksud tafsiran ayat-ayat tersebut dengan jelas serta kesinambungan yang wujud antara ayat tersebut. Access

Professor Ahmad Al-Tyyib Rector. Al-Azhar University. And the translation of Tafsir, Al-Bahr Al-Madid for Ibn ‘Ajiba’, into English and French. Hingga kini, tafsir Alquran al-Karim sebanyak 8 jilid ini masih menjadi bahan rujukan sampai sekarang dalam dunia Islam. Di samping itu, ia juga menulis buku Fada’il Alquran(Keutamaan Alquran), berisi ringkasan sejarah Alquran.